Tuesday, April 17, 2012

-- Tenaga Nuklear--


TENAGA ALTERNATIF/HIJAU
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akanmenggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. 

Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana elektrik negarasebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekananterhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan.Misalnya, negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun 2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016.Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian.Selanjutnya, bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana MenteriMalaysia telah menjemput masyarakat awam untuk sama-sama menyumbangkan pandanganterhadap rancangan ini. 

Oleh itu sewajarnyalah masyarakat awam menyuarakan pandangan mereka terhadap rancangan penggunaan tenaga nuklear ini. Namun, sebelum memberikan pandangan, seeloknyalah mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang baik-buruk  penggunaan tenaga nuklear.Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkanelektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahanutama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik denganmenggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon,methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantumengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukankawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenagaelektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaganuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepadakesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahayakepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahanradioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear  juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jikadilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum iamencecah tahap selamat kepada manusia. 


Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium.Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapiia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risikokemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dankesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini
 merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah,daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasiteruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakanoleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO),menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 jutaorang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan matiakibat pelbagai jenis penyakit kanser.Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalankeselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jikatenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah,namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan.


Dalam pandangan hidup Islam, terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa "ditegah untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya". Bagi menjelaskanlagi perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau yang bertajuk"Kewajipan Menguasai Sains: FarduµAynkahatau FarduKifayah?"menyebut bahawa "[satu] contoh yang pernah dikemukakan oleh al-Khawarizmi dalamMubid al-Humum wa Mufid al-µUlum
, ialah dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat-syaratmu'amalat bagi seseorang peniaga". Tambah beliau lagi "[hal] ini dilaksanakan Saidina Umar dalam sistem pendidikannya sehingga tiadalah berniaga di pasar kaum Muslim melainkanmereka yang memahami perniagaan berlandaskan Islam hingga tidak lagi keliru mengenai sebarang perkara yang boleh menerbitkan penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba."Dengan itu, secara mudahnya, dapat kita sebutkan bahawa, berdasarkan prinsip yang disebutkandi atas, setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita telah benar-benar memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin dilakukan itu. Sebagai contoh, jika kita inginmenjadi tukang jahit, maka sebelum menjadi tukang jahit, segala ilmu berkaitan dengannyawajiblah diperoleh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini. Ketetapan ini sememangnya amatlah wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan tempahan baju yang dihantar  pelanggan. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini. Sebelum implementasi program inihendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat tentang baik-buruknya untuk negara dan masyarakat Malaysia wajiblah dikaji sedalam-dalamnya.Selain daripada prinsip yang disebutkan ini, di dalam al-Quran kita telah diingatkan bahawa,
"...janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Surah al-Baqarah, 2:195). Dengan paparan ayat ini maka dapat kitasimpulkan, dalam kes si tukang jahit sebentar tadi, bahawa jika tidak tahu ilmu jahitan, maka janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu. Ini kerana, kedegilan untuk menceburi bidang itu akan menyebabkan si tukang jahit ditimpa malang kerana mungkin dimarahi pelanggan kerana gagal menyiapkan tempahan atau merosakkan tempahan yang dihantar.Bukankah ini hanya membinasakan diri si tukang jahit tersebut? Dalam isu tenaga nuklear ini pula, jika kemudaratan program ini jelas maka seeloknyalah ia ditangguh atau dicari alternatif yang lain.

Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain dalammenghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai tenaga gantian.Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk tenaga gantian dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria, angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik.Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik.Bagi menggantikan tenaga nuklear, sebaik mungkin dijalankan kajian untuk melihat kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai tenaga penjana elektrik negara. Jika ini berjaya dilakukan maka barulah boleh diakui "Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau." Jika usaha,tenaga dan wang ringgit boleh digunakan untuk mengkaji kebolehgunaan tenaga nuklear makausaha, tenaga dan wang ringgit yang sama juga seharusnya ditumpahkan untuk menghasilkantenaga hijau. Ini kerana, sebagaimana petroleum dan arang batu boleh mencapai tahap sukar didapati (scarce) maka begitu jugalah uranium pada satu masa nanti. Oleh itu, hendak atau tidak,akan tiba masanya manusia terpaksa bergantung kepata tenaga gantian. Jadi, kenapa tunggu nanti?Usaha ke arah itu seharusnya dilaksanakan sekarang!

Tuesday, April 10, 2012

Kolokium - Keberkesanan Komunikasi dalam Pembelajaran di SMK Kamunting


Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting



TAJUK : KEBERKESANAN KOMUNIKASI DALAM

PEMBELAJARAN



NAMA AHLI : 
  MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ZAKUWAN ( 910915-08-5691 )  
  MUHAMMAD SHAFFAWIE B  MOHD ROSLAN ( 930809-08-5813 )
  NADIRAH BT ABD MAJID ( 931223-08-6266 ) 
  NOR HAZIMAH BT MAHYEDDIN ( 930818-08-6164 )
  NOR ZAFIRAH BT ABDUL RAHMAN ( 931003-08-6408 )


NAMA PENYELIA : CIK NOR HANITA AZURA BT. MD  TAJUDDIN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGHARGAAN
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penolong Kanan Tingkatan 6 Atas iaitu Cik Nor Hanita Azura Bt. Md  Tajuddin kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian mengenai komunikasi lisan dan bukan lisan dalam pembelajaran di kalangan pelajar sekolah terutama kepada sasaran kajian kami iaitu pelajar tingkatan enam .
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelaras Kolokium Tingkatan 6 iaitu Encik Zulkiflee bin Abdul Manaf kerana telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian mengikut kumpulan yang telah dibahagikan oleh beliau.
Ucapan terima kasih sekali lagi kami tujukan kepada guru pebimbing kami iaitu Cik Nor Hanita Azura Bt. Md  Tajuddin yang memberi tunjuk ajar serta sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada kami tanpa rasa jemu disepanjang kajian ini dijalankan.
Tidak lupa juga, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami untuk menjayakan projek kolokium ini dengan sempurna sehingga mencapai kecemerlangan dalam projek ini dengan jayanya.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan kumpulan yang membantu dalam menghasilkan kajian ini sehingga menjadi sebuah buku yang sempurna dan lengkap untuk dikongsi bersama-sama rakan serta guru-guru yang lain. Antaranya, Muhammad Afiq b. Mohamad Zakuwan selaku Ketua Kumpulan, Muhammad Shaffawie b. Mohd Roslan, Nadirah bt. Abd Majid, dan Nor Hazimah bt. Mahyeddin dan Nor Zafirah bt Abdul Rahman serta pelajar yang memberi maklum balas semasa kajian soal selidik dijalankan. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai. Sekian, terima kasih. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
SENARAI KANDUNGAN 
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
Pengenalan
1.1    Pendahuluan
1.2    Latar Belakang Kajian
1.3  Pendekatan Teori
1.4  Penyataan Masalah
1.5  Tujuan Kajian / Objektif Kajian
1.6  Kepentingan Kajian
1.7  Definisi konseptual dan Operational
1.8  Persoalan Kajian

2
3
4-8
9
10
10
11-13
14
Kajian lepas
15-17
Metadologi
3.1  Pengenalan
3.2  Reka Bentuk Kajian
3.3  Instumen Kajian
3.4  Skop dan Had Kajian
3.5    Subjek Kajian
3.6    Prosedur Pengumpulan Data
3.7    Penganalisisan Data Statistik
3.8    Rumusan

19
19
20
20
21
21
22
23
Penganalisian data dan Keputusan Data
4.1  Pengenalan
4.2    Latar Belakang Kajian
4.3    Analisis Statistik
4.4    Rumusan.

25
25
26-28
29
Perbicangan & cadangan
5.1  Pendahuluan
5.2  Perbincangan Hasil Kajian.
5.3  Implikasi Penyelidikan
5.4  Cadangan Penyelidikan Lanjutan
5.5  Rumusan.

31
31-36
36
37
38
Lampiran
39
Bibiliografi
40
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAB 1 : PENGENALAN
1.1  PENDAHULUAN
Proses komunikasi adalah suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri, dengan orang lain dan juga dengan persekitarannya. Begitu juga dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mengajar dan mendidik pelajar. Jelaslah di sini bahawa tugas seseorang guru tidak dapat dipisahkan daripada proses berkomunikasi dengan pelajar untuk menyampaikan ilmu kerana ia adalah amanah Allah S.W.T. Oleh sebab itu, mereka perlu berhati-hati untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Proses komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada individu lain. Apatah lagi dalam dunia pendidikan. Tidak dapat dinafikan lagi peranan komunikasi dalam bidang pendidikan memberikan impak yang besar kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi akan dipandang sebagai seorang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahkan kemahiran berkomunikasi merupakan satu bonus kepada seorang guru untuk menarik perhatian pelajar dan mendampingi pelajar sekaligus dapat merapatkan jurang di antara mereka
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.2 LATAR BELAKANG


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti halangan-halangan berkomunikasi dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan. Seramai 39 orang  responden dari kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, bagi sesi 2011/2012 telah  terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan  menggunakan soal selidik sebagai  instrumen  kajian  yang  mengandungi 10 item soalan. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2003. . Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar tingkatan enam  Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting berada  pada tahap yang tinggi. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu. Kajian  lanjutan  juga turut  dicadangkan  untuk  kajian pada masa akan datang.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.3   PENDEKATAN TEORI

  Pelbagai teori wujud di dalam kehidupan mengikut keperluan, bidang atau disiplin yang tertentu, seperti teori Maslow (1970), teori diri (Charles Cooley 1864-1929), teori pengurusan saintifik (Robert Owen (1771-1858), teori abad ke-20 (William H.Sheldon 1940), teori konflik ( Taylor, Walton dan Young 1973) dan sebagainya. Teori komunikasi adalah gabungan dua kata dasar iaitu teori dan komunikasi. Teori mengikut Littlejohn (1996) adalah satu konsep yang cuba menerangkan sesuatu pengalaman, idea tentang suatu fenomena yang berlaku atau peristiwa manakala komunikasi menurut bahasa ialah kenyataan atau perhubungan sementara menurut Miller(1996) satu situasi di mana sumber memancarkan mesej kepada penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima. Ini bermakna gabungan dua kata dasar teori komunikasi adalah satu percubaan menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan dan menjadi panduan untuk memahami sesuatu situasi fenomena komunikasi.

Fungsi-fungsi teori komunikasi.
Teori komunikasi adalah menjelas dan menerangkan fungsi-fungsinya seperti teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, teori memanjangkan ilmu, teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan serta teori membantu dalam membuat sesuatu ramalan.
   
1)      Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman;
Teori ini adalah dapat membantu mengumpul segala pengalaman suatu perlakuan komunikasi dalam ke dalam beberapa proposisi atau pernyataan. Teori ini berjaya dan berkesan dilaksanakan di Iran semasa pemerintahan rejam Shah Iran. Shah Iran adalah seorang pemimpin yang meminati peralatan militari, tenaga nukelar dan teknologi komunikasi. Dengan keadaan bentuk muka bumi negara Iran yang bergunung ganang, Shah Iran telah membuat perlaburan yang besar dalam bidang teknologi penyiaran yang bertujuan memancarkan setiap mesej menyokong pembangunan, pemaparan kehidupan kelas atasan dan menengah, menyalur tema modenisasi dan penekanan mobliti sosial bergerak ke atas. Ke semua mesej ini adalah sebenarnya menyokong dan prorejam Shah Iran. Melihat kepada bertapa berkesan media boleh mempengaruhi penyokongnya, maka pengalaman ini telah menyedar Ayatollah Khomeini dalam buangan yang tidak sehaluan serta menentang pemerintahan rejim Shah Iran telah mengunakan sepenuhnya alat komunikasi kecil untuk menyampai mesej kepada pengikutnya dalam usaha penentangan berterusan kepada pemerintahan Shah Iran. Kalau Shah Iran mengunakan gelombang mikro dan satelit menyampai mesej-mesejnya tetapi Ayatollah Khomeini menyampaikan mesej-mesej agama dan politiknya kepada penyokong-penyokongnya dalam bentuk pita-pita rakaman, surat khabar, mimegraf dan salinan foto. Mesej ini tersebar luas di seluruh Iran walaupun pihak pemerintah berusaha menghalangnya dan akhirnya pemerintahan Shah Iran tersungkur juga pada 1978. 
 
2)      Teori memanjangkan ilmu
Sesuatu pernyataan dalam teori tertentu akan dapat membantu menjangkau apa yang mungkin berlaku nanti berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Misalnya Harry Levinson pernah meramalkan bahawa krisis organisasi akan berterusan selagi pengurus, pegawai atasan dan pemimpin terus mengekalkan sikap asas mereka bahawa pihak yang berkuasa menganggap mereka yang tiada kuasa itu sebagai alat oleh pihak yang berkuasa kerana mereka mengekalkan struktur anakronistik organisasi yang memusnahkan nilai diri dan kejayaan individu. Menjangkau ini terbukti, bila suasana mesra berkerja tidak ada, produktif menurun, berlaku sabotaj, berlaku isolat antara kalangan staf dan akhirnya boleh memusnahkan organisasi.
Dari prespektif yang lebih objektif, seorang pengurus boleh menjangkau bahawa mempunyai kakitangan yang baik dan kakitangan yang mendapat maklumat yang berkesan akan memberi keuntungan yang besar sesebuah organisasi atau syarikat. Hakikat ini diakui oleh Fred T.Alleh, pengerusi dan presiden Pitney Bowes mempercayai bahawa semakin banyak maklumat yang diketahui oleh pekerja, maka semakin lebih baik pekerja itu. Begitu juga Edwards Carlson, pengawai eksektutif United Airlines, menilai bahawa perjalanan yang jauh semata-mata mengunjungi dan mengadakan program pengurusan untuk stafnya menganggap sebagai faktor utama dalam menghasilkan keuntungan kewangan syarikatnya. 

3)      Teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan:
Ramalan dalam sesuatu teori khususnya teori yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sebenarnya akan dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan penyelidikan seterusnya dalam bidang-bidang tertentu. Ini bermakna hasil-hasil kajian lepas boleh dijadikan garis panduan, sumber untuk melakukan atau memperlengkapkan lagi sesuatu kajian dan penyelidikan terkini.
Contohnya, pengkaji A telah menyiapkan penyelidikan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang tinggal bersama ibubapanya sendiri dan kehidupan kanak-kanak yang tinggal bersama orang lain dengan kaedah kaedah eksperimen (ibubapa dipaksa bercerai untuk memenuhi kajian). Mengikut pengkaji B, walaupun hasil kajian si A telah berjaya menemui beberapa hasil dan kesan kepada kehidupan kanak-kanak yang dikaji tetapi daripada sudut moral, etika dan sejadi tidaklah dapat dipatuhi. Oleh itu hasil daripada kajian ini pengkaji B telah terdorong akan melakukan penyelidikan dengan pendekatan atau kaedah lain seperti menggunakan kaedah "Ex Post Facto" yang lebih nutural atau sejadi, iaitu menjalankan kajian ke atas kehidupan kanak-kanak yang masih tinggal dengan ibubapa mereka dan kehidupan kanak-kanak disebabkan ibubapa mereka telah bercerai secara semulajadi.
Contoh Noran Fauzah Yaakub telah menulis tentang kebudayaan yang dimuatkan dalam bukunya "penghantar sosiologi" bagi memenuhi keperluan kursus sosiologi yang ditawarkan di universiti-universiti. Beliau telah merujuk kepada hasil-hasil kajian dan teori kebudayaan seperti Edwar B.Taylor(1871), Clyde Kluckohn (1949), William Fielding Ogburn (1922) dan Talcott parsons (1951) dan sebagainya.

4)      Teori membantu dalam membuat ramalan:
Suatu teori yang mengandungi variabel dan hubungan di antaranya membolehkan kita membuat jangkaan tentang kejadian yang kita tidak pernah alami sebelum ini. Contohnya Ali (bukan nama sebenarnya -kisah benar ) adalah seorang yang pendiam tetapi amat mudah mendapat sahabat, kuat berkerja dan pernah mendapat perkhidmatan yang cemerlang di pejabatnya. Apabila Ali ditukarkan ke lain jabatan (baru), sikapnya tetap tidak berubah kerana sikapnya yang semulajadi, mudah mendapat kawan tetapi selalu berhati-hati. Kali pertama Ali hadir dalam mesyuarat di pejabat barunya yang dipengerusikan oleh ketua barunya, Ali mendapat sesuatu yang ganjil kepada ketua barunya berbanding dengan bekas ketuanya dipejabat lama sebelum ini. Sejak itu Ali sedang memerhati dan menilai setiap hubungannya dengan ketuanya dan berhati-hati dengan rakan-rakan sejawatnya dan bawahannya. Sebagai pegawai di bawahannya, Ali mematuhi setiap arahan yang dilakukan oleh ketuanya. Walaupun Ali sentiasa mematuhi arahannya, namun kerana sikap ketuanya suka mengarah yang keterlaluan dan adakalanya bersifat paksaan dan tidak toleran, suatu hari Ali dengan sengaja tidak memenuhi arahannya untuk menghadiri seminar yang diadakan di hotel terkemuka di Kota Kinabalu atas alasan Ali akan menghadiri satu lagi mesyuarat di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah pada tarikh yang sama. Akibat alasan Ali, ketuanya yang tidak berpuashati dengan alasan Ali telah menelefon pengarah pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah menanyakan perihal mesyuarat itu. Panggilannya tidak mendapat jawapan yang sewajarnya, maka ketua itu menemui Ali di bilik Ali dan berkata "arahan saya, mesti kau patuhi" lantas memarahinya dengan nada suara yang kuat yang boleh didengar oleh pegawai-pegawai lain. Selepas itu, ketua itu keluar dari bilik Ali. Sejak itu Ali telah memberi tanggapan bahawa ketua itu adalah ketua yang tidak beradab, berang, pemarah, tidak diplomasi dan tidak toleran. Atas peristiwa itu, Ali meramalkan dan memberi kesimpulan bahawa interaksi dan perhubungan seterus dengan ketuanya tidak lagi baik malah tidak lagi berlaku. Sehinggalah Ali ditukarkan ke lain Unit. Sehingga kini Ali dan bekas ketuanya tidak lagi bertegur sapa walaupun tersua/terjumpa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.4   PENYATAAN MASALAH


Sejak lahir kita didedahkan dengan ilmu pengetahuan. Tidak kira dari apa jua sumbernya, yang penting kita akan belajar sesuatu perkara seperti juga seorang kanak-kanak iaitu apabila dia mencapai umur lima tahun dia akan dihantar ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading atau institusi-institusi pengajian yang lain.

Tambahan pula, pencapaian dalam akademik merupakan ukuran paling tinggi bagi seseorang penuntut. Namun begitu, pada masa kini, dengan sekeping ijazah tidak akan menjamin pastinya mendapat pekerjaan apabila keluar bekerja kelak. Permintaan terhadap tenaga sumber manusia adalah tinggi kerana banyak kerja yang boleh diganti dengan teknologi yang kian canggih. Oleh sebab itu, individu harus melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang lain selain pencapaian akademik yang cemerlang.

Penyampaian maklumat oleh guru kepada pelajar perlulah betul dan tepat. Namun pengajaran guru yang betul dan tepat juga akan mendatangkan hasil jika pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menerima maklumat tersebut. Cara untuk mendapatkan maklumat tersebut dapat diperolehi apabila seseorang itu mempunyai kemahiran komunikasi berkesan seperti kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan dapat mengawal keadaan persekitarannya. Ini kerana keadaan persekitaran juga boleh mempengaruhi pelajar untuk menggunakan kemahiran komunikasi. Pelajar seharusnya sudahpun memiliki pengetahuan asas berkaitan komunikasi berkesan. Gaya penggunaan kemahiran komunikasi pula boleh mempengaruhi peribadi pelajar
agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu.

Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tentang kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.5  TUJUAN KAJIAN/ OBJEKTIF KAJIAN
 
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.      Mengenalpasti kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

2.      Mengenalpasti halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

3.       Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan dalam  kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.6   KEPENTINGAN KAJIAN
 
Penyelidik melakukan penyelidikan ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini adalah kerana pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting merupakan bakal bergelar mahasiswa yang akan menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) atau  Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) selepas menamatkan STPM dan seterusnya akan memasuki dunia pekerjaan terutamanya dalam bidang pendidikan .
              
                  Justeru itu, kemahiran tersebut perlu diberikan penekanan agar mereka dapat melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada penyelidik, bakal pendidik dan juga pendidik serta kepada pihak-pihak tertentu yang dibahagikan kepada dua sasaran utama.


  --------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.7   DEFINISI KONSEPTUAL DAN  OPERASIONAL
 
Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi juga membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000). Justeru itu, dengan memahami prinsip dan teori komunikasi yang baik dan menggabungkannya dalam praktikal boleh menyelesaikan permasalahan antara rakan-rakan, negara, pengurusan, buruh, guru dan pelajar. Dengan erti kata lain, komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan semua masalah di dunia tetapi boleh menyelesaikan atau mengelak kebanyakan daripada permasalahan tersebut. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti (Mansor et. al 1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar atau tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar.

a)      Kemahiran Interpersonal
Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan
dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi  Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Komunikasi berlaku samada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara berdepanan (Fiordo, 1990). Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk :

b)       Komunikasi Lisan (Verbal)
Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan. Che Su dan Mohd Fo’ad (1993), mengatakan untuk menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.

c)       Komunikasi Bukan Lisan (Nonverbal)
Dalam usaha mencapai matlamat P&P yang baik, komunikasi tanpa lisan adalah perlu. Ini penting kerana kajian yang dijalankan oleh Birdwhistell (1955 dalam Che Su dan Mohd Fo’ad, 1993) menunjukkan bahawa lebih kurang 35 peratus komunikasi lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974, dalam Che Su dan Mohd Fo’ad, 1993) menghuraikan bahawa 93 peratus daripada makna yang disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang rekabentuk yang diluar
daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza
maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Selain itu, komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej visual seperti gambar, lukisan atau illustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media masa seperti akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Sementara komunikasi imej bergerak lazimnya digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi unutk rancangan pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan kombinasi imej visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.8   PERSOALAN KAJIAN

 
1.      Terdapat faktor-faktor halangan yang menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

2.      Terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran interpersonal dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

3.      Terdapat perbezaan tahap komunikasi lisan dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting

4.      Terdapat perbezaan tahap komunikasi bukan lisan dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.


 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bab 2 : Kajian Lepas

 


Kajian mengenai kebimbangan komunikasi mula diteroka di Amerika Syarikat sejak awal 1970an. Mislanya  kajian oleh Wells (1970) dan Weiner (1973) mendapati pelajar yang mempunyai  kebimbangan komunikasi yang tinggi kebiasaannya akan memberikan komen yang tidak relevan dan cenderung untuk lebih banyak berdiam diri dalam perbincangan tersebut.  Kajian oleh Hamilton (1972) dan Fenton dan Hopf,(1976) juga mendapati individu yang tinggi tahap kebimbangan komunikasi jarang bercakap dalam komunikasi kumpulan kecil. Terdapat juga kajian yang menunjukkan individu yang tinggi tahap kebimbangan komunikasi selalunya gagal dalam temuduga mendapatkan pekerjaan (Daly & Stafford1984). Sekiranya mereka berjaya, individu tersebut kebiasaannya kurang memperolehi kepuasan kerja, terutama dalam kumpulan kerja kumpulan atau dalam aktiviti yangmemerlukan banyak interaksi. Kajian berkaitan dengan hubungan antara kebimbangan komunikasi denganpencapaian akademik pelajar telah dilakukan oleh McCroskey, Daly dan Sorenson(1984). Hasil kajian ini menunujukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keputusan akademik dan kebimbangan komunikasi pelajar. Kajian tersebut mendapati pelajar yang tinggi tahap kebimbangan komunikasinya mendapat keputusan akademik yang kurang memuaskan berbanding dengan pelajar yang melaporkan tahap kebimbangan komunikasi rendah. Keputusan yang sama diperoleh oleh kajian yang dibuat oleh Hurt dan Preiss (1978) diman kajian mereka ke atas pelajar sekolah gred 7 hingga gred 12 menunujukkan pelajar yang tinggi tahap kebimbangan komunikasi bersikap negatif terhadap sekolah dan pencapaian akademik.Kajian yang meneliti hubungan antara kebimbangan komunikasi dan faktor-faktor demografi mendapati kanak-kanak yang tinggal di kawasan pendalaman lebih tinggi tahap kebimbangan komunikasinya berbanding dengan mereka yang dibesarkan Bandar . perempuan lebih tinggi tahap kebimbangan komunikasinya berbanding dengan lelaki. Kajian tempatan telah dilakukan oleh Fuziah Kartini (1995) di kalangan pelajar tahun tiga dan tahun empat Universiti Kebangssaan Malaysia. Hasil kajian beliaumendapati faktor demografi seperti bangsa, jantina, tahun pengajian dan status sosioekonomitidak mempengaruhi kebimbangan komunikasi pelajar. Penemuan ini tidak konsistendengan penemuan kajian lepas yang dilakukan oleh sarjana komunikasi Amerika Syarikat terutama sekali berkaitan dengan pembolehubah jantina.Kajian beliau juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara tahapkebimbangan komunikasi dan keaktifan dalam aktiviti kokurikulum pelajar. Kajian beliau mendapati semakin tinggi tahap kebimbangan komunikasi pelajar semakin tidak aktifmereka dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya kajian beliau juga mendapati tahapkebimbangan komunikasi mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar; hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan semakin tinggi tahap kebimbangan komunikasi pelajarsemakin rendah pencapaian akademik mereka. Allen dan Bourhis (1992) mendapati teerdapat hubungan negatif yang signifikan antara kebimbangan komunikasi dan prestasi kognitif. Hasil kajian ini mendapati pelajar yang takut berkomunikasi, gagal berkomunikasi dengan berkesan. Kajian Allan danBourhis seterusnya (1996) juga menyokong keputusan kajian mereka sebelum ini iaitumereka mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan antara tahap kebimbangankomunikasi dan kemahiran komunikasi. Fordham dan Gabin (1996) pula mendapati ketakutan untuk berkomunikasidengan lebih kerap boleh menghalang individu daripada berkomunikasi dengan lebihberkesan walaupun ia mempunyai kemahiran komunikasi yang  memuaskan. Ini menyebabkan individu yang takut berkomunikasi akan dianggap sebagai komunikator yang tidak kompeten. Menurut Fordham dan Gabbin (1996) lagi, inidvidu yang tinggi tahap kebimbangan komunikasi juga didapati sukar untuk bekerja dengan rakan sekerja,kurang peluang kenaikan pangkat atau maju dalam kerjaya mereka. Kesemua ini berpunca daripada kebimbangan dan bukannya disebabkan oleh kurang mahir dalamkomunikasi. Kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar juga boleh menjejaskanpengalaman pembelajaran mereka. Contohnya pelajar yang tinggi tahap kebimbangannya kurang terlibat dalam perbincangan kelas, bertanyakan soalan untuk penjelasan daripada gurunya atua memohon bantuan daripada pengajar (Borzi & Mill, 2001).

 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 3 : METODOLOGI


3.1  PENGENALAN 

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor –faktor yang menjadi halangan dalam kalangan pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dalam proses pembelajaran di sekolah. Bab ini mengemukakan metodologi kajian yang meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian , skop dan had kajian , subjek kajian , prosedur pengumpulan data, dan penganalisisan data statistik.


 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.2  REKA BENTUK KAJIAN


    Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji menggunakan
satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi mengumpul                                                
maklumat berkaitan tahap kefahaman konsep komunikasi, faktor-faktor yang menjadi halangan untuk berkomunikasi dengan baik dan langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah komunikasi dalam kalangan pelajar. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai persekitaran sebenar terhadap jenis–jenis komunikasi yang diamalkan di sekolah. Penyelidik bertanggungjawab untuk mengenal pasti punca –punca yang menjadi halangan kepada pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan dalam pembelajaran dan mencari langkah-langkah yang sesuai bagi menangani masalah tersebut berpandukan kebijaksanan penyelidik menggunakan sumber yang ada.
 


 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.3 INSTRUMEN KAJIAN 
Instumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk mendapatkan data dari sampel. Dalam kajian yang dijalankan ini, instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian kerana ianya dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga penyelidik bagi mengumpulkan data. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (2006), soal selidik mudah ditadbir setelah ia dibina dengan baik dan data yang diperolehi mudah untuk diproses. Selain itu, soal selidikdan ini mengandungi soalan yang sama kepada semua responden. Oleh yang demikian, melalui soal selidik ini dapat menghasilkan keputusan yang tepat di samping jumlah responden yang ramai. Responden juga diberi kebebasan untuk menjawab soal selidik dengan jujur kerana segala maklumat akan dirahsiakan


 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.4  SKOP DAN HAD KAJIAN

Penyelidikan ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).Lokasi tersebut dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para penyelidik dari segi kos dan logistik. Penyelidikan ini terbatas kepada aspek yang diselidiki dan berpandukan soal selidik yang disediakan.Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih sahaja. Namun, para penyelidik tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan sampel-sampel dalam memberI respons kepada pernyataan-pernyataan yang dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.5   SUBJEK KAJIAN

Populasi penyelidikan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Seramai 39 orang pelajar tingkatan 6 dijadikan sampel kajian telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Daripada jumlah ini, seramai 14 orang (35.90%) pelajar lelaki manakala seramai 25 orang (64.10%) pelajar perempuan. Julat umur pelajar yang terlibat pula adalah antara 19 hingga 21 tahun. Responden terdiri daripada etnik Melayu, Cina,dan India. Pelajar yang beragama Islam adalah seramai 37orang (94.87%), diikuti 1 orang (2.56%) beragama Hindu, 1 orang (2.56%) beragama Buddha  


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


3.7  PROSEDUR PENGUMPULAN DATA




Satu kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk penyelidikan ini iaitu
(a)    soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------


3.8   PENGANALISISAN DATA STATISTIK
 

Maklumat-maklumat mentah yang diperolehi melalui kaedah soal selidik dikumpul, dihitung dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2003. Maklumat untuk setiap bahagian  akan diperolehi dan seterusnya digunakan bagi menghasilkan graf-graf untuk menentukan tahap sikap  responden terhadap penyelidikan komunikasi para pelajar Tingkatan 6 SMKK ..Maklumat daripada graf melalui data yang dianalisis adalah seperti berikut yang ditunjukan dalam jadual 3.8.1.

Jadual 3.8.1 Maklumat data yang dipeolehi melalui kaedah soal selidik.

Bahagian A : Kefahaman tentang konsep komunikasi.
Soalan
ya
Tidak
1
37
2
2
39
0
3
34
5




  

Bahagian B : Halangan berkomunikasi berkesan.

Soalan
Ya
Tidak
4
26
13
5
13
26
6
4
35
7
8
31
8
3
36








Bahagian C : Langkah-langkah mengatasi masalah komunikasi
Soalan
Ya
Tidak
9
28
11
10
10
29








--------------------------------------------------------------------------------------------------------


3.9   RUMUSAN

Bab ini telah menjelaskan tentang keseluruhan kaedah penyelidikan. Tujuh perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu reka bentuk penyelidikan, instrumen kajian, skop dan had kajian, subjek kajian, prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data statistik.. Penganalisisaan data yang dibuat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003 dan dapatannya dibentang dalam bab 4 berikutnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
BAB 4 : PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1   PENGENALAN
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan respondan terhadap kajian mengenai Kemahiran komunikasi dalam pembelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Maklum balas responden melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis.
Secara amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu dapatan mengenai
Kefahaman tentang komunikasi dan halangan dalam komunikasi yang menjadi masalah dalam pembelajaran di dalam kelas dalam tingkatan enam sesi 2011/2012.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


4.2  LATAR BELAKANG KAJIAN
Responden penyelidikan ini terdiri daripada 39 orang pelajar Tingkatan 6
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Dapatan-dapatan
tentang latar belakang responden menunjukkan 30% responden adalah pelajar lelaki dan
70% adalah pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada pelajar aliran
kemanusiaan, berbagai bangsa yang sedang menduduki STPM.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEPUTUSAN KAJIAN


4.3  ANALISIS STATISTIK
Analisis statistik dibuat untuk menentukan tahap bagi setiap bahagian yang di tengahkan oleh penyelidik. Analisis adalah berdasarkan respons yang diberi oleh subjek sasaran penyelidik iaitu pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah menengah Kebangsaan Kamunting . Respon yang diperoleh mengikut bahagian yang ingin dikaji iaitu kefahaman tentang konsep komunikasi, halangan dalam berkomunikasi dan langkah-langkah mengatasi masalah komunikasi. 

Bahagian A : Kefahaman tentang konsep komunikasi.


Soalan
Ya
tidak
1
37
2
2
39
0
3
34
5
 




Bahagian B : Halangan berkomunikasi berkesan.



Soalan
Ya
Tidak
4
26
13
5
13
26
6
4
35
7
8
31
8
3
36


Bahagian C : Langkah-langkah mengatasi masalah komunikasi



Soalan
Ya
Tidak
9
28
11
10
10
29




--------------------------------------------------------------------------------------------------------



 4.4  RUMUSAN

Bab 4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan responden.Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yang berkaitan dengan persoalan penyelidikan telah dikemukakan. Rumusan keseluruhan penyelidikan ini akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5 berikut.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------



BAB 5 : PERBINCANGAN DAN CADANGAN

 

5.1  PENDAHULUAN


Bab ini akan membincangkan ,merumus keseluruhan data dan juga maklumat  yang telah dianalisis dan dikaji di dalam bab 4 .Beberapa rumusan dan kesimpulan turut dikemukan .Tambahan lagi dalam kajian ini turut dibentangkan ialah implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk meningkatkan mutu penyedilikan pada masa depan  

 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------



5.2 PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN


Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk melihat penguasaan kemahiran komunikasi dalam pembelajaran responden iaitu pelajar–pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Ini kerana komunikasi adalah merupakan unsur terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari , pelajar perlu berkomunikasi dengan gurunya dan begitu juga perlunya komunikasi guru terhadap pelajarnya samada secara lisan atau bukan lisan. Hubungan ini sangat penting dan jalinan komunikasi yang erat dapat membuat interaksi dengan guru akan lebih mudah. Oleh sebab itu, perbincangan kajian ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu :



i)                    Perbincangan mengenai kefahaman tentang komunikasi di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.    



ii)                  Perbincangan mengenai halangan – halangan komunikasi berkesan dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.



iii)                Perbincangan mengenai langkah-langkah yang diambil bagi menangani masalah komunkasi dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
 

             Kefahaman tentang komunikasi

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa responden memahami konsep komunikasi ini secara keseluruhan berdasarkan kepada respon yang diperoleh. Elemen mengenai kefahaman berkomunikasi ini terkandung dalam Bahagian A soal selidik yang mengandungi tiga soalan.Aspek kemahiran berkomunikasi ditekankan dalam soal selidik dan menjadi salah satu sublakala utama adalah kerana kefahaman berkomunikasi penting kepada kita khususnya kepada  pelajar-pelajar.
                 
Berdasarkan respon yang diberikan terhadap soalan pertama yang diutarakan didalam soal selidik berkaitan kefahaman berkomunikasi secara umum dilihat masih ada segelintir pelajar yang tidak memahami konsep komunikasi. Pelajar ini seharusnya mengambil pendekatan yang wajar untuk memahami konsep komunikasi dalam kehidupan kerana adalah sangat penting untuk berinteraksi secara berilmiah untuk mewujudkan jaringan mesra di kalangan pelajar-pelajar. Persepsi pelajar terhadap kepentingan komunikasi dalam pembelajaran mendapat reaksi positif dimana kajian yang diperoleh mendapati soalan kedua yang diajukan kesemua responden bersetuju pentingnya komunikasi dalam pembelajaran. Soalan ketiga berkaitan dengan kesediaan penerimaan mesej . Kajian dibuat mendapati hanya 5 orang daripada 39 responden tidak bersedia menerima mesej yang akan disampaikan oleh peyampai mesej. Pelajar tersebut seharusnya sentiasa bersedia untuk menerima setiap mesej yang disampaikan supaya mesej tersebut di fahami secara jelas.


            Halangan dalam komunikasi
             
Penemuan kajian menunjukkan bahawa responden menghadapi masalah berkomunikasi dalam pembelajaran berdasarkan respon yang diperoleh. Elemen mengenai halangan dalam komunikasi ini terkandung dalam Bahagian B soal selidik yang mengandungi lima soalan. Pengkaji telah mengenal pasti halangan tertentu yang sering dihadapi oleh pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan.
                 
 Item soalan keempat berkaitan dengan tindakan segera yang diambil oleh pelajar setelah menerima mesej. Seramai 26 responden bersetuju untuk mengambil tindakan segera berbanding 13 responden selebihnya tidak mengambil tindakan segera setelah menerima mesej .Jumlah ini dilihat merupakan angka yang agak besar dan perlu diberi perhatian. Responden yang tidak mengambil tindakan segera akan menjadi penghalang kepada responden lain untuk berinteraksi degan baik. Pengkaji berpendapat bahawa setiap responden perlu memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan segera sebagai tindak balas untuk membentuk jaringan  komunikasi secara berkesan.
  
Item seterusnya ialah soalan kelima berkaitan dengan masalah pelajar untuk berkomunikasi dengan guru ketika di dalam kelas..Berdasarkan respon yang diperolehi menunjukkan bahawa masalah berkomunikasi pelajar tehadap guru berada di tahap yang kurang memuaskan. Seramai 13 responden bersetuju bahawa mereka ini mempunyai masalah berkomunikasi dengan guru. Situasi ini dianggap serius kerana pengkaji berpendapat bahawa jika masalah ini tidak diatasi dengan segera yang diamalkan di sekolah supaya pelajar menerima mesej sepenuhnya daripada guru. .kemungkinan besar akan menjejaskan prestasi akademik pelajar. Guru-guru  perlu mengkaji semula punca masalah ini berlaku dan menilai semula kaedah komunikasi  

Penghalang dalam komunikasi seterusnya ialah kesukaran pelajar untuk berkomuniksai disebabkan factor gagap atau pelat bahasa. Soalan keenam ini diajukan kepada responden kerana bukan semua pelajar sekolah di negara ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi. Atas factor geografi, sekolah ini terdiri daripada pelajar yang kebanyakan menggunakan  loghat utara untuk berinteraksi sesama sendiri. Soalan ini diutarakan oleh pengkaji untuk menilai sejauh mana kelancaran  berkomunikasi di kalangan pelajar.Berdasarkan   respon yang diperolehi menunjukkan bahawa seramai 4 responden bersetuju yang mereka ini mengalami kesukaran untuk berkomunikasi disebabkan factor gagap atau pelat bahasa dan selebihnya iaitu 35 responden tidak mempunyai masalah terhadap factor tersebut. Masalah ini berlaku disebabkan kelemahan individu sendiri yang kurang lancar ketika berkomunikasi. Responden yang menghadapi masalah ini perlu mengambil inisiatif untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya dapat mengurangkan kesukaran ketika berkomunikasi terutama dalam pembelajaran.

 Item soalan ketujuh merujuk kepada kesukaran memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Berdasarkan respon yang diperolehi mendapati seramai 8 responden menghadapi masalah tersebut. Masalah ini merujuk kepada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pengkaji berpendapat responden menghadapi masalah ini atas factor kedudukan individu di dalam kelas ketika proses P&P berlangsung. Kedukan pelajar yang berada agak belakang menyebabakan pelajar tidak memberi perhatian ketika guru sedang mengajar. Atas factor tersebut menyebabkan pelajar itu tidak memahami apa yang di ajar oleh guru. Guru perlu memastikan apa yang di ajar difahami sepenuhnya oleh pelajar . Pelajar itu juga perlu menggunakan kemahiran komunikasi yang ada untuk mengajukan pertanyaan tertentu kepada guru jika tidak memahami sesuatu yang diajar oleh guru. Peranan guru dan pelajar mestilah bertindak bersama supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Item soalan seterus berkaitan dengan jenis bahasa yang digunakan oleh guru yang menjadi penghalang kepada pelajar untuk berkomunikai dengan baik. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa hanya 3 responden sahaja yang bersetuju terhadap solan tersebut. Bahasa yang digunakan oleh guru ialah bahasa Melayu dan bahasa Enggeris. Guru yang mengajar subjek Malaysian University English Test ( MUET ) sahaja menggunakan bahasa Enggeris berbanding subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Tinjauan menunjukkan semua pelajar di sekolah ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan . Pengkaji beranggapan hanya segelitir sahaja responden yang mengalami masalah ini disebabkan oleh faktor kurang mahir berbahasa Enggeris.  Selebihnya menunjukkan responden tidak mempunyai masalah untuk menguasai samada bahasa Melayu atau bahasa Enggeris.


Langkah-langkah mengatasi masalah komunikasi


Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah komunikasi. Elemen mengenai langkah yang diambil oleh pelajar ini terkandung dalam Bahagian C soal selidik yang mengandungi dua soalan. 

Soalan kesembilan yang terdapat dalam soal selidik menyentuh tentang keputusan pelajar untuk mengambil tindakan susulan jika mengalami masalah dalam komunikasi. Hasil penemuan menunjukkan 28 responden bersetuju bahawa mereka ini secara berhemah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah komunikasi. Tindakan responden di lihat berada tahap yang memuaskan memandang kesemua responden sedar akan penting tanggungjawab untuk memastikan mereka dapat berkomunikasi dengan berkesan. 11 responden selebihnya mendapati mereka tidak mengambil tindakan susulan sekiranya mengalami masalah komunikasi. Responden ini seharusnya mengenalpasti kelemahan  yang wujud dan mengambil tindakan susulan supaya dapat berinteraksi dengan baik di kalangan pelajar.
                 
         Soalan terakhir iaitu soalan terakhir yang diajukan kepada responden berkaitan tindakan individu mengelakkan diri dari beremosi ketika berkomunikasi. Hasil penemuan mendapati bahawa hanya 10 sahaja responden yang mengelakkan dari beremosi ketika berkomunikasi. Pengkaji berpendapat bahawa respon yang diberikan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar tingkatan enam masih gagal untuk mengawal emosi ketika berkomunikasi. Pelajar yang gagal mengawal emosi akan menyebabkan kelancaran berkomunikasi terganggu dimana individu lain yang terlibat akan tersentuh apabila melihat reaksi yang dizahirkan oleh pelajar tersebut. 

Langkah yang perlu diambil ialah perlu mengawal emosi seperti marah kerana mesej yang ingin disampai diterima  sepenuhnya secara jelas kepada penerima.      

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

5.3 IMPLIKASI PENYELIDIKAN 
Secara amnya, apa yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap penguasaan komunikasi pelajar pada masa hadapan khususnya dalam tingkatan enam selepas menamatkan pengajiannya iaitu STPM. Penyelidikan terhadap penguasaan komunikasi di kalangan pelajar dipilih kerana kajian lepas diperolehi mendapati penguasaan komunikasi dikalangan pelajar secara purata masih berada di tahap yang memuaskan. Penyelidik berasa bertanggungjawab memastikan kaedah komunikasi yang diamalkan di sekolah berkesan supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasi para pelajar khususnya pelajar tingkatan enam. Oleh hal yang demikian, para pelajar perlulah berusaha untuk memperbaiki kemahiran komunikasi masing-masing untuk memastikan mereka dapat menjalani proses komunikasi berkesan dalam proses pembelajaran mereka. Selain itu, pihak guru juga perlulah bekerjasama dengan para pelajar seperti mempertingkatkan kemahiran komunikasi sendiri agar para pelajar dapat hasil yang berkesan dalam proses pengajaran di dalam kelas.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

5.4 CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
 
Penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan lagi .Untuk tujuan tersebut ,beberapa cadangan telah dikemukan untuk membantu meningkatkan mutu serta keunggulan penyelidikan yang akan datang .Berikut merupakan cadangan-cadangan tersebut :

                                i. Bilangan responden  ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan supaya dapatan
penyelidikan mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta signifikannya .

ii Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke atas para pelajar tingkatan 6 di     sekolah lain yang mempunyai aliran yang berbeza seperti aliran sains mahupun aliran agama (STAM) agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi .

iii Selain itu juga analisa statistik yang lebih teperinci dengan menggunakan perisian khusus seperti perisian Statistical Package For The Science Sosial atau lebih dikenali sebagai SSPS haruslah digunakan agar kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


5.5   KESIMPULAN
 
Secara konklusinya, hasil  daripada kajian yang telah kami lakukan berkenaan dengan tajuk keberkesanan komunikasi dalam pembelajaran pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting dalam konteks Pengajian Perniagaan telah mendapat kata putus daripada 39 orang responden hasil daripada borang soal selidik yang telah kami sediakan. Kami mendapati bahawa majoriti daripada semua pelajar memahami maksud komunikasi. Hal ini mungkin disebabkan semua responden mengambil matapelajaran Pengajian Perniagaan dalam STPM.

Berdasarkan kepada keputusan kajian di atas ternyata aspek kebimbangan komunikasi di
kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting merupakan satu realiti dan bukannya mitos. Oleh itu kita harus menerima hakikat bahwasanya terdapat sebilangan kecil pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
yang masih menghadapi masalah ketika berkomunikasi. Perkara ini jika dibiarkan akan hanya
merugikan pelajar itu sendiri kerana kebiasaanya pelajar yang tinggi tahap kebimbangan
komunikasi sukar diterima bekerja, pasif, dan kurang bergaul.
Maka adalah menjadi tugas kita bersama untuk melengkapkan pelajar dengan
aspek kemahiran berkomunikasi disamping membantu meningkatkan kecemerlangan
akademik mereka. Pelajar itu sendiri juga perlu memainkan peranan untuk mengubah
sikapnya dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi perasaan
takut berkomuniksi dan meletakkan permasalahan ini dalam perspektif yang lebih luas.
Sehubungan dengan itu adalah amat mustahat bagi semua pihak untuk melihat
permasalahan ini sebagai sesuatu fenomena yang sejagat kerana ia wujud dimana-mana
sahaja dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Langkah-langkah untuk meningkatkan
kemahiran komunikasi perlu dilakukan secara berterusan memandangkan golongan
pelajar ini merupakan pelajar ini merupakan mereka yang bakal mengurus dan mentadbir negara kita di masa hadapan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK
KOMUNIKASI
TANDAKAN [/] PADA RUANG ‘YA’ ATAU ‘TIDAK’ BERDASARKAN PILIHAN ANDA.
JANTINA:LELAKI/PEREMPUAN                    UMUR:           
BIL.
SOALAN
YA
TIDAK
1.       
Adakah anda faham tentang komunikasi?


2.       
Adakah komunikasi penting dalam pembelajaran anda?


3.       
Adakah anda sentiasa bersedia untuk menerima mesej yang akan disampaikan?


4.       
Adakah anda akan mengambil tindakan segera setelah menerima mesej?


5.       
Adakah anda menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan guru ketika di dalam kelas?


6.       
Adakah anda mengalami kesukaran untuk berkomunikasi disebabkan faktor gagap atau pelat berbahasa?


7.       
Adakah anda mengalami kesukaran untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas?


8.       
Adakah sukar untuk anda memahami bahasa yang digunakan oleh guru ketika proses P&P berlangsung?


9.       
Adakah anda mengambil tindakan susulan sekiranya anda mengalami masalah komunikasi?


10.   
Adakah anda akan mengelakkan diri daripada beremosi ketika berkomunikasi ?


 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------  

 

BIBLOGRAFI
 
Al-Quran
Abdullah Basmeih (2001). Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran. Kuala Lumpur :
Jabatan Perdana Menteri.

Buku
Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk Pelajar. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ab. Rahim Selamat (2000). Kemahiran dalam sekolah Bestari. Johor Bharu : Badan Cemerlang Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang (2003). Bahasa Melayu
Komunikasi. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (2000). Panduan Pengucapan Awam. Selangor : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ahmad Mohd. Salleh (2003). Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Jack G. McAuley (Terjemahan: Mohd. Safar Hashim, Fatimah Yusooff) (1988). Komunikasi Antara
Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah Hassan (2001). Komunikasi untuk Pendakwah. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn.
Bhd.

Samsuddin A. Rahim (2003). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Wells (1970) dan Weiner (1973).keberkesanan Komunikasi: http/www google.com/komunikasi

INTERNET

http:/ www.facebook.com/richard bach/komunikasi
http:/www.google.com/kesan komunikasi
http:/www.blogspot.com/A.Samad Said/halangan komunikasi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------